Wednesday, 2 October 2013

RUJUKAN



RUJUKAN

BUKU ILMIAH

Amin Senin (1993). Memahami Matematik prasekolah dan sekolah rendah. Kuala
Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Pendidikan Guru  Kementerian Pendidikan Malaysia  (1998). Pengajaran
dan pembelajaran matematik: nombor bulat untuk sekolah rendah. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brian W.Boughton, Peter J. Ballard (1993). Matematik binaan jilid I. Kuala Lumpur:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

H.Q.Yap, S.P.Lee, H.G.Ng (2007). Kaedah aritmetik mental secara abacus dan
kiraan jari jilid II. Selangor: Crescent News (KL) Sdn. Bhd.

Khairuddin Mohamad (2011).Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam :Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Khas. (2003). Buku panduan pelaksanaan program
pemulihan khas. Kuala Lumpur: Jabatan  Pendidikan  Khas.

Noraini Idris, Maimunah Hj Daud (1994). Pengajaran dan pembelajaran Matematik
kurikulum bersepadu sekolah rendah buku 4. Kuala Lumpur: Percetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2010).Pendidikan disleksia.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.


INTERNET

Bahan bantu mengajar matematik. Dimuat turun pada Julai 14, 2013 daripada

Kaedah Newman. Dimuat turun pada Julai 14, 2013 daripada

Modul kaedah pemulihan matematik. Dimuat turun pada Julai 15, 2013 daripada

JURNAL


Halimah binti Wahah(2012).Penggunaan petak 100 dalam membantu murid tahun 3
menguasai operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula. Masalah operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula, 22(1) muka surat 2-12.

Nur Shazlina binti Yussoff (2009). Kaedah pengajaran  operasi penambahan dalam
mata pelajaran matematik dalam kalangan murid slow learner.  Masalah
operasi penambahan dalam kalangan murid slow learner,26(1) muka surat 1-8.

Ra Fiona Anak Raban(2012). Penggunaan garis nombor dalam membantu murid
pemulihan tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10.  Masalah penolakan dalam lingkungan 10, 13(1) muka surat 1-11.

Zainudin bin Abu Bakar.(2002). Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan
fakta asas darab dalam Matematikm 4. Masalah dalam operasi fakta asas darab, 24(1) muka surat 2-8.

Saturday, 21 September 2013

KAJIAN MENGENAI OPERASI MT



6.0: KAJIAN MENGENAI OPERASI MATEMATIK
6.1: KAEDAH PENGAJARAN OPERASI PENAMBAHAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN  MURID SLOW LEARNER.

ABSTRAK
Dalam kajian ini, Nur Shazlina Binti Yussoff  telah mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh Patrick, seorang murid berkeperluan khas (slow learner) di sebuah kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak. Masalah yang dihadapi Patrick adalah kesukaran membuat operasi tambah. Pada sub topik penambahan dalam lingkungan 10, Patrick tiada masalah dihadapinya lebih-lebih lagi jika melibatkan objek. Tetapi, masalah bermula apabila penambahan melibatkan pengiraan melebihi 10 dan pengumpulan semula disebabkan kekeliruan   Patrick menggunakan jari untuk menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberikan. Beliau telah merancang pendekatan yang sesuai menggunakan objek seperti kayu ais krim dan blok mainan untuk membantu Patrick. Seterusnya, kaedah ‘melukis lidi’ beliau perkenalkan untuk mengelakkan Patrick daripada terus bergantung kepada objek lalu melambatkannya menyiapkan lembaran kerja. Ternyata selepas enam minggu menggunakan teknik-teknik tersebut, Patrick dapat memahami konsep penambahan dan menambah dengan betul dalam jangka masa yang lebih pendek.

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah pembelajaran slow learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan kaedah ‘melukis lidi’; dan menambahbaik amalan p&p saya dalam bilik darjah.

TINDAKAN
Asas yang kuat dalam fakta Matematik adalah satu aspek yang penting dan
sangat diambil kira dalam kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa kini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Oleh itu, semua murid perlu menguasai bidang ini untuk memastikan peluang yang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan pada masa depan. Hal ini tidak hanya tertumpu pada murid normal sahaja tetapi juga bagi murid bermasalah pembelajaran. Oleh itu, p&p Matematik di kelas PKBP diberikan penekanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan untuk melahirkan insan yang antaranya berkemahiran dan berdikari yang dapat hidup seiring dengan masyarakat sekelilingnya. Walau bagaimanapun, penguasaan Matematik murid-murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas adalah masih lemah yang kebanyakannya disebabkan oleh asas Matematik yang lemah. Kemahiran asas Matematik merangkumi kemahiran pranombor; menulis dan mengeja nombor; operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi.
Semasa mula-mula memasuki kelas PKBP di sekolah tersebut, Nur Shazlina mendapati semua murid dalam kelas tersebut telah menguasai kemahiran pranombor dan nombor bulat hasil usaha guru yang mengajar mereka sebelum ini.

Nur Shazlina juga membuat satu ujian ringkas merangkumi subtopik-subtopik dalam kemahiran pranombor dan nombor bulat. Berdasarkan ujian tersebut, didapati semua murid sudah dapat menguasai kedua-dua topik tersebut dan sudah bersedia menerima pengetahuan baru. Oleh itu, beliau meneruskan pengajaran kepada topik seterusnya iaitu Operasi Penambahan dalam lingkungan 5. Sebagai permulaan, beliau menggunakan objek untuk memudahkan mereka memahami konsep penambahan. Pendekatan yang beliau gunakan untuk mereka mengira adalah dengan teknik counting on. Antara objek yang telah beliau gunakan untuk mengira adalah jari murid, kayu aiskrim, penyedut minuman, dan bongkah mainan. Semua murid dapat memahami konsep penambahan serta menyelesaikan lembaran kerja soalan penambahan dengan betul. Pada permulaannya, lembaran kerja yang diberikan mengandungi gambarajah objek sebagai garis panduan untuk memudahkan mereka menyiapkan soalan tersebut. Gambar 1 merupakan satu contoh lembaran kerja tesebut.







Setelah semua murid dapat menguasai penambahan dalam lingkungan 5, kemahiran seterusnya diajar iaitu penambahan dalam lingkungan 10 dan 20. Soalan pada lembaran kerja pula telah saya ubah iaitu dengan tidak melibatkan gambarajah objek. Ketika inilah kelemahan Patrick mula dikenalpasti. Gambar 2 menunjukkan jawapan Patrick. 
 

Nur Shazlina dapati Patrick telah memberikan jawapan yang agak pelik semasa beliau memeriksa lembaran kerjanya. Bermula dari situ, beliau mula mencari punca bagaimana Patrick boleh memberikan jawapan tersebut. Beliau bertanya kepada Patrick tentang bagaimana beliau mendapat jawapan tersebut. Beliau juga meminta Patrick menunjukkan kepada beliau cara dia membuat pengiraan untuk menyelesaikan soalan-soalan pada lembaran kerja tersebut. Patrick telah menunjukkan cara dia menggunakan jarinya untuk mengira jumlah pada soalan penambahan yang diberikan. Masalah timbul apabila penambahan melibatkan jumlah yang melebihi 10. Contohnya apabila ‘5 + 6’, sebelah tangan menunjukkan 5 dan apabila dia ingin menambah 6, dia berasa keliru tentang bagaimana untuk menambah 6 sedangkan sebelah tangannya hanya mempunyai 5 jari. Akhirnya, jawapan yang diberikan oleh Patrick kepada soalan tersebut adalah 6, berbeza sekali dengan jawapan yang sepatutnya iaitu 11. Disebabkan terlalu banyak jawapan salah diberikan oleh Patrick, rakan-rakan  sekelas yang lain telah meminggir dan mengejeknya.

Melihatkan keadaan ini, Nur Shazlina sering memberikan lembaran kerja yang lebih kepada murid-murid lain agar mereka leka membuat lembaran kerja tersebut dan dalam pada masa yang sama, beliau dapat membimbing Patrick membuat pengiraan dengan betul. Pada mulanya memang agak sukar untuk mencari kaedah alternatif untuk memudahkan Patrick mengira. Pada peringkat awal, beliau menggunakan objek iaitu kayu aiskrim untuk memudahkannya mengira. Setelah Patrick dapat menguasai cara ini, beliau mengajarnya kaedah melukis lidi dan beliau memintanya membuat perkaitan antara kayu aiskrim dengan kaedah melukis lidi yang telah beliau ajarkan selepas itu. Ini kerana walaupun pengiraan menggunakan kayu aiskrim dapat membantu Patrick menjawab soalan dengan betul, tetapi banyak masa yang diambil dia untuk berbuat demikian. Oleh itu kaedah melukis lidi telah beliau perkenalkan pada Patrick agar Patrick lebih faham dan menjawab soalan dengan betul dalam masa yang lebih pendek.

Di samping mengajar teknik melukis lidi untuk membantu Patrick menyelesaikan soalan penambahan, Nur Shazlina juga berusaha meningkatkan keyakinan diri Patrick untuk belajar. Ini sering beliau lakukan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Patrick apabila dia berjaya membuat pengiraan dengan betul. Apabila dia membuat kesilapan, Nur Shazlina akan menunjukkan cara yang betul dan menggalakkannya mencuba sendiri. Beliau  juga kadang kala mengarahkan rakan-rakan lain membantu Patrick mengira dengan betul. Hal ini sedikit sebanyak memupuk sifat kerjasama dan sedikit demi sedikit rakan-rakan lain tidak lagi mengejeknya, malah membantu Patrick menunjukkan cara yang betul untuk membuat pengiraan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian Nur Shazlina ini berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah pembelajaran slow learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan kaedah melukis lidi. Cabaran yang beliau hadapi adalah untuk mengekalkan pengetahuan tersebut dalam memori jangka panjang Patrick. Namun, dengan teknik pengulangan dan latihan yang berterusan, beliau percaya Patrick dapat menguasai kaedah ini dan mungkin dapat membuat pengiraan tanpa bantuan kaedah ini pada masa hadapan.


6.2: PENGGUNAAN GARIS NOMBOR DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN TAHUN 2 MEMAHAMI PENOLAKAN DALAM LINGKUNGAN 10

ABSTRAK
Kajian tentang penggunaan garis nombor dalam membantu murid pemulihan tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10 telah dijalankan oleh Ra Fiona Anak Raban. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan garis nombor dalam menyelesaikan masalah operasi penolakan dalam lingkungan sepuluh bagi murid pemulihan Tahun 2. Tinjauan awal mendapati murid sukar untuk memahami konsep operasi penolakan. Seorang murid pemulihan Tahun 2 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Fokus kajian ini ialah untuk membantu murid Pemulihan dapat menguasai kemahiran asas matematik untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Kaedah perbualan, senarai semak, pemerhatian dan buku lembaran kerja digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini telah dijalankan selama 1 bulan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan fahaman murid terhadap operasi penolakan dalam lingkungan 10 semasa dan selepas kajian ini dijalankan. Penggunaan garis nombor ini dapat membantu murid menguasai operasi tolak dengan lebih mudah dan senang. Selain daripada itu juga, kaedah ini dapat memberi kesedaran kepada guru dan pihak sekolah dalam pemilihan kaedah dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian terutamanya bagi murid pemulihan bagi meningkatkan kefahaman mereka.

TUJUAN KAJIAN
Hasil daripada masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan kajian tindakan ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran Ra Fiona sebagai seorang guru Pemulihan Matematik Tahun 2 Kelas Maju melalui pengenalan penggunaan garis nombor dalam pengajaran fakta asas penolakan dalam lingkungan 10; dan membantu seorang murid pemulihan Tahun 2 Kelas Maju dalam kemahiran menjawab soalan bertulis untuk fakta asas penolakan dalam pengajaran penolakan dalam lingkungan 18 melalui penggunaan garis nombor.



TINDAKAN
Menurut Davvis and Simmt (2003), garis nombor merupakan satu bahan konkrit yang dapat menunjukkan operasi Matematik yang dapat meningkatkan pemahaman pelajar kita. Selain daripada itu juga, Wiegel (1998 ), menyatakan juga bahawa garis nombor berstuktur dapat membantu kefahaman murid dalam konsep asas matematik seperti urutan nombor yang terdapat dalam garis nombor.

Oleh yang demikian, Ra Fiona telah mencuba untuk menggunakan garis nombor dalam perlaksanaan sesi pengajaran beliau. Ra Fiona dapati Edwin mempunyai masalah untuk memahami konsep matematik dengan betul. Edwin keliru dengan konsep penambahan yang telah diajar. Oleh yang demikian, beliau telah merancang beberapa tindakan awal berdasarkan data awal yang telah beliau diperolehi. Selain daripada itu, beliau telah menggunakan kaedah lain untuk Edwin mengira dengan betul sebelum menggunakan garis nombor ini. Kajian ini dijalankan berdasarkan model Kurt Lewin (1952) dan dijalankan dalam suatu kitaran. Berikut merupakan perancangan yang Ra Fiona buat :
Tarikh
Perlaksanaan Tindakan
12 Mac
Pengajaran dan Pembelajaran Operasi Tolak Kali Pertama
26 Mac
Latihan 1
4 April
Latihan 2
9 April
Latihan 3
12 April
Latihan 4
25 April
Memberikan penilaian

KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan garis nombor telah berjaya meningkatkan pemahaman murid Kelas Pemulihan Tahun 2 dalam pemahaman operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan lebih baik dan berkesan. Pendekatan ini juga telah menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan selaras dengan salah satu prinsip dalam pembelajaran koperatif secara umumnya. Kajian ini menyarankan agar penggunaan bahan bantu yang kreatif dapat membantu murid pemulihan lebih senang dan faham mengenai sesuatu konsep di samping membuatkan pengajaran itu lebih menarik dan berkesan.