4.0:
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID
PEMULIHAN DALAM OPERASI MATEMATIK.
4.1:
DISKALKULIA
Diskalkulia
didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi
pemerolehan / pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008). Menurut
Departmant for Education Skills 2001 DfES (Pendidikan Disleksia), Diskalkulia
diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau
memperoleh kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah
dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap
nombor, dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur.
Murid-murid yang menghadapi masalah Diskalkulia akan menghadapi kesukaran
mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -, x,dan ÷. Selain
itu, mereka akan mengalami kesukaran membezakan nilai besar dan kecil.
Contohnya, tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32.
Tambahan pula, murid
Diskalkulia menghadapi kesukaran mengira dalam gandaan dua atau lima dan
sebagainya serta tertib menurun. Di samping itu, murid Diskalkulia mempunyai
masalah membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau
cecair. Seterusnya, murid Diskalkulia juga mengalami kesukaran membaca peta dan
jadual, kerana kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang; menggunakan peraturan dan
prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingat langkah-langkah untuk
menyelesaikan pengiraan matematik dan dalam pengiraan spontan.
4.2:
PRANOMBOR
Menurut
Bahagian Pendidikan Guru , Kementerian Pendidikan Malaysia -1998(Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk Sekolah Rendah), konsep pranombor
perlu dipelajari oleh murid-murid pemulihan sebelum mereka boleh menggunakan
konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Malahan, murid-murid pemulihan
menghadapi masalah dalam memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang
nombor keseluruhannya. Hal ini menyebabkan, mereka akan mengalami kesukaran
untuk mengelaskan objek atau benda mengikut warna, bentuk dan saiz. Selain itu,
mereka juga akan mengalami kesukaran dalam mengenal kuantiti melalui
perbandingan : banyak atau sedikit ; sama banyak atau tidak sama banyak dan
lebih atau kurang.
4.3:
MEMPUNYAI MASALAH MENGINGAT
Murid pemulihan
mempunyai masalah ingatan.Hal ini kerana, otak manusia terdiri daripada dua
bahagian, iaitu hemisfera kiri dan kanan . Bagi kebanyakan orang, hemisfera
kiri lebih dominan berbanding hemisfera kanan. Pada sesetengah kes, diskalkulia
berlaku akibat terdapatnya gangguan atau kekurangan cerebral atau dominasi
hemisfera otak. Oleh hal yang demikian, sebahagian hemisfera otak gagal
medominasi fungsi-fungsi pengiraan. Maka, hal ini menyebabkan murid pemuliahn
mengalami masalah dalam pengiraan matematik dan mengingat nombor-nombor. Selain
itu, mereka akan sering lupa cara-cara membuat pengiraan tambah, tolak, darab dan
bahagi.
4.4:
KONSEP NOMBOR
Menurut Zainal Kassan
& Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), konsep nombor disimpulkan
oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang
dilihat.Murid pemulihan mempunyai masalah dari segi konsep nombor. Mereka tidak
dapat menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan , iaitu
sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang
mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Murid pemulihan menghadapi masalah
dalam menentukan nilai tempat -kedudukan digit mewakili niai tertentu; asas
sepuluh-bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke
sembilan; penggunaan sifar- simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang
tidak wujud; mempunyai nilai tambah , iaitu nombor boleh ditambah berdasarkan
nilai tempat.
4.5:
OPERASI TAMBAH
Operasi
tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Murid pemulihan akan mengalami
masalah dalam operasi tambah iaitu menyatukan kedua-dua nombor. Hal ini kerana,
mereka tidak dapat mengingat dan mudah lupa cara untuk mengira operasi tambah.
Murid-murid pemulihan menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan pengetahuan baharu atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam situasi pembelajaran. Selain itu, murid pemulihan gagal menggabungkan
kedua-dua nombor dengan menggunakan bahan maujud dan bentuk lazim. Masalah ini
menyebabkan ,mereka ketinggalan dalam pengiraan asas iaitu tambah.
4.6:
OPERASI TOLAK
Menurut
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), murid
pemulihan gagal memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti
keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
Di samping itu, murid pemulihan juga tidak mengetahui konsep mengambil
serta membilang objek yang konkrit (dalam satu-satu , dua-dua, dan seterusnya)
untuk menjadi satu set objek; membilang
serta mengeluarkan beberapa objek dari sesuatu set objek berkenaan; membilang
bilangan objek yang tertinggal (dalam satu-satu, dua-dua dan seterusnya) ketika
tamat proses pengasingan; dan menyatakan keseluruhan proses yang telah berlaku
secara lisan dalam bahasa komunikasi.
Seterusnya, murid pemulihan
akan menghadapi masalah dalam membuat perbandingan. Antaranya ialah mengambil
dua set objek yang berasingan; menyusun objek dalam sebaris dan membilang objek
dalam setiap set objek; memadankan set objek pertama dengan set objek kedua
secara satu dengan satu; dan membilang objek dalam mana-mana set objek yang
tidak ada padanan yang juga disebut sebagai perbezaan antara kedua-dua set
objek. Akhirnya, murid pemulihan juga mempunyai masalah untuk mengingat fakta
asas tolak.
4.7:
OPERASI DARAB
Selain itu, murid
pemulihan sering menghadapi masalah dalam konsep pendaraban. Antaranya ialah ,
mereka tidak dapat tambah berulang; kali atau ganda; baris dan lajur tatasunan
; dan kombinasi objek. Menurut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia -1998 (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk
Sekolah Rendah),murid pemulihan mempunyai masalah dalam mengingat fakta asas
darab. Menurut Nocolson dan Fawcett -1995(Pendidikan Disleksia), menerangkan
bahawa serebrum otak dan keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan
motor, perkembangan automatif, dan organisasi sesuatu kemahiran. Hal ini termasuk
kemahiran dalam pengiraan.
4.8:
OPERASI BAHAGI
Operasi
bahagi ialah songsangan operasi darab kerana proses bahagi akan “membalikkan”
proses darab. Namun demikian, murid pemulihan mempunyai masalah dalam operasi
bahagi ini. Maka murid pemulihan, gagal mengetahui konsep pembahagian seperti
pembahagian sebagai operasi tolak berulang; pembahagian dengan garis nombor;
pembahagian dengan tatasusunan; dan pembahagian dengan faktor skala. Di samping
itu, murid pemulihan menghadapi masalah dalam algoritma pembahagian. Antaranya
ialah pengiraan dari arah kiri ke kanan; fakta asas bahagi dan tolak;
penganggaran; algoritma darab dan tolak dan langkah-langkah yang coraknya
berbeza dan berlainan.
4.9:
PENGELASAN
Menurut
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), pengelasan
adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang
jelas. Malah, murid pemulihan mengalami masalah dalam membezakan dan
mengumpulkan objek berdasarkan persamaan dan perbezaan. Tambahan pula, murid pemulihan
mempunyai kesukaran dalam klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan satu
ciri ( contoh: warna atau bentuk atau saiz); dua ciri (contoh: warna dan bentuk
atau warna dan saiz);dan tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
4.10:
MEMBILANG
Membilang
adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian murid-murid memberikan
nama bagi sesuatu nilai nombor. Murid pemulihan mempunyai masalah dan kesukaran
dalam prinsip membilang. Antaranya ialah prinsip padanan satu dengan satu;
prinsip susunan nombor yang mengikut ururan; prinsip cardinal , iaitu nama dan
nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang; dan ketakberkaitan
(order irrelevance), iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan.
No comments:
Post a Comment