Saturday, 21 September 2013

BBM YANG INOVASI



3.0: BAHAN BANTU MENGAJAR YANG INOVASI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGAJAR OPERASI MATEMATIK.

Bahan bantu mengajar (BBM) adalah satu alatan yang amat berguna dan membantu untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Pertamanya, bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini kerana, murid-murid pemulihan senang atau mudah memahami konsep sesuatu pengajaran. Kebiasannya, murid-murid pemulihan amat lemah atau kurang menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.  Oleh yang demikian, guru pemulihan menghadapi masalah untuk mengajar murid-murid tersebut . Justeru, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran supaya maklumat akan disampaikan kepada murid tersebut.
           
Selain itu, tujuan bahan  bantu mengajar ialah menarik perhatian para pelajar semasa sesi mengajar.  Contohnya, ramai pelajar tidak memberi perhatian semasa  guru mengajar di dalam kelas . Oleh yang demikian, para pelajar akan memberi sepenuh tumpuan  apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan lebih aktif dan seronok apabila guru menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar mengikut konsep tertentu.
           
Tambahan pula, melalui penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar akan  dapat mengingat sesuatu fakta atau pembelajaran secara berterusan dalam mindanya. Apabila, mereka belajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar maka mereka boleh mengingat untuk jangka masa yang panjang.

Saya telah menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar (BBM) Matematik yang inovasi daripada permainan Matematik dengan mengambil kira aspek kesesuaian ciri-ciri bahan, kepelbagaian kegunaan, mudah alih, adaptasi dan mengambil kira aspek keselamatan untuk boleh digunakan dalam pengajaran matematik. Semua bahan bantu mengajar ini boleh digunakan untuk semua operasi matematik.



3.1: OPERASI TAMBAH
3.1.1: PERMAINAN ROLLER COASTER








Bahan bantu mengajar ‘roller coaster’ ini  mempunyai peraturan tertentu. Pertamanya bahan bantu mengajar  ini boleh dimainkan oleh dua atau tiga orang sahaja. Selain itu, murid pemulihan dikehendaki menggerakkan kereta di atas trek ‘roller coaster’. Seterusnya, dalam ‘roller coaster’ itu terdapat tiga stesen. Di setiap stesen itu terdapat kertas  yang digulingkan dengan riben. Maka, apabila murid sampai di stesen 1; mereka dikehendaki membuka kertas tersebut dan membaca soalan. Dalam kertas itu, mempunyai beberapa soalan  yang berkaitan dengan operasi tambah. Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di stesen pertama. Setelah menyiapkan soalan di stesen pertama, murid dikehendaki bergerak ke stesen dua dan mengulangi permainan ini. Malah, jika murid tidak dapat menjawab soalan di stesen pertama; maka mereka tidak boleh meneruskan permainan ke stesen dua dan tiga.

Tujuan, saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang inovasi ini adalah untuk merangsangkan minda murid untuk membuat pengiraan operasi tambah sambil bermain. Hal ini kerana, murid pemulihan akan melibatkan dirinya dengan baik apabila membuat pengiraan operasi tambbah sambil bermain. Saya telah mengaplikasikan permainan ini di SJK(T) Ladang Cairo semasa menjalankan praktikum fasa 1 dalam kalangan murid pemulihan.  Permainan ‘roller coaster’ ini amat berkesan dalam kalangan murid pemulihan di SJK(T) Ladang Cairo.

Pada mulanya, murid pemulihan di sekolah tersebut mempunyai masalah dari segi kehadiran ke sekolah, kurang minat dalam pembelajaran dan tidak begitu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah saya mengaplikasikan permainan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan di sekolah itu melibatkan dirinya dengan sepenuh dan mereka sangat seronok untuk belajar. Mereka dapat menjawab soalan itu sambil bermain. Maka, jelaslah bahawa murid pemulihan akan minat apabila menggunakan unsur permainan dalam pengajaran operasi tambah. Oleh yang demikian, permainan ini amat berkesan dan berguna dalam kalangan murid pemulihan untuk  mempelajari opersi tambah. Bahan bantu mengajar yang inovasi iaitu ‘roller coaster’ ini boleh digunakan untuk mengajar selain daripada operasi tambah seperti operasi tolak, darab dan bahagi.


3.1.2: HORSES TOURING
         

Permainan ‘horses touring’ boleh digunakan untuk mengajar operasi tambah.  Dalam permainan ini terdapat lima kuda. Di setiap kuda itu merangkumi satu sampul atau poket. Dalam sampul itu, mengandungi masalah matematik yang berkaitan dengan operasi matematik . Murid mesti menyelesaikan semua masalah matematik  tersebut. Contoh masalah matematik tersebut ialah:

Ø  Ali membeli 3 batang pensil. Ayahnya menghadiahkan 5 batang pensil lagi.Berapakah jumlah pensil yang ada pada Ali?
Ø  Cikgu Amizah memberi 6 buah buku kepada Khazali. Cikgu Roslimah pula menghadiahkan 3 buah buku kepada Khazali. Berapakah jumlah buah buku Khazali?
Ø  Rokiah mempunyai seutas rantai yang mempunyai 4 manik hitam . Ibunya menguntai 3 manik merah pada ranyai tersebut. Berapakah jumlah manik dalam rantai tersebut?
Ø  Karim ada 5 ekor ayam dan 3 ekor itik. Berapakah jumlah haiwan yang ada pada Karim?
Ø  Umur Kogila adalah 7 tahun manakala adiknya adalah 3 tahun. Berapakah jumlah umur kedua-dua adik-beradik?
           
Saya telah mengaplikasikan  bahan bantu mengajar ini , dalam kalangan murid pemulihan di SJK(T) Ladang Cairo. Mereka telah melibatkan dirinya dengan baik dalam aktiviti tersebut dan memberi respon yang baik. Selain itu, sebelum ini saya telah memberi latihan menyelesaikan masalah matematik operasi tambah. Pada ketika itu, mereka tidak begitu seronok dan tidak memberi respon yang baik. Maka, melalui permainan ‘horses touring’ ini murid pemulihan dapat menjawab soalan itu dengan gembira dan aktif.

Akhir kata, bahan bantu mengajar ini amat berkesan dan berinput kepada semua murid pemulihan. Guru boleh mengapliksikan bahan bantu mengajar ini untuk mengajar operasi tolak, darab  dan bahagi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar ini pelbagai kegunaan. 




No comments:

Post a Comment