1.0: PENGENALAN
Matematik ialah satu cara
berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni, dan bahasa yang
tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia. Menurut Mohd
Daud Hamzah -1996 (Pendidikan Disleksia), kanak-kanak mempelajari matematik
melalui kegiatan seharian tertentu. Matematik
selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur,
perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar
rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur
abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai
lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan
mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Asas
matematik adalah salah satu pembinaan blok kepada semua bentuk pendidikan
peringkat rendah. Pembelajaran untuk berfikir secara matematik adalah penting
dalam dunia kehidupan dan dunia pekerjaan. Bagi murid pemulihan pengetahuan
matematik perlu dikuasai untuk mencapai kebolehan hidup berdikari seperti
menaiki bas yang betul, menyedari apabila mereka lewat ke tempat kerja, membuat
panggilan telefon ke rumah, boleh mengira dan mengambil jumlah yang betul,
mengagak, mengukur dan sebagainya.Selain itu, kekurangan mereka menguasai
kemahiran di atas adalah disebabkan kurangan pengajaran kemahiran tersebut
kepada mereka. Asas matematik terbahagi kepada dua komponen iaitu:
i.
Komponen
perkiraan
ii.
Komponen
penyelesaian masalah
Masalah yang hadapi oleh murid-murid pemulihan dalam
matematik ialah mereka menulis nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan
jawapan yang mereka terima adalah salah. Selain itu, mereka juga kurang faham
akan konsep masa, ruang, isipadu dan sebagainya. Ini menyebabkan konsep
matematik mereka salah dan mereka tidak dapat menguasai matematik dengan baik.
Menurut Mohd Salahuddin
Salleh -2006 ( Pendidikan Disleksia), matematik ialah satu bidang ilmu yang
melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara mantik dan
bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut sumber
Wikipedia bahasa Melayu, matematik didefinisikan sebagai pembelajaran / kajian
mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata
lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
Menurut
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Dislkesia), pengajaran
dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk
mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi
tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan
perlu berperingkat-peringkat, bermakna, dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman
serta minat murid (Ahmad Hozi H.A. Rahman, Ketua Penolong Pengarah , Bidang
Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum).
Menurut
Mohd Daud Hamzah -1996(Pendidikan Disleksia), kanak-kanak mempelajari matematik
melalui kegiatan seharian yang tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu
kanak-kanak memperoleh konsep-konsep awal matematik, iaitu aktiviti padanan
(matching), penjenisan (sorting), berpasangan (pairing), dan susun atur
(ordering).Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat
perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum dalam kalangan
bentuk-bentuk. Pasangan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara
satu lawan satu. Manakala susun atur adalah kegiatan meletakkan perkara
sepanjang satu barisan.
Menurut Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998-Pengajaran dan pembelajaran
Matematik: Nombor Bulat), nombor merupakan asas yang penting dalam mata
pelajaran matematik kerana nombor digunakan dalam operasi asas matematik dan
juga dalam topik-topik matematik yang lain. Seseorang pelajar tidak akan dapat
mempelajari matematik selanjutnya jika ia tidak menguasai kemahiran menulis nombor,
membilang serta menentukan nilai sesuatu nombor.
Konsep
pranombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menggunakan
konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk membolehkan
kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor
keseluruhannya . Perkara yang penting di sini termasuklah:
·
Kebolehan mengelaskan objek atau benda
mengikut warna, bentuk dan saiz.
·
Kebolehan mengenal kuantiti melalui
perbandingan: banyak atau sedikit; sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih
atau kurang.
Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia (1998-Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat),
konsep nombor dibahagikan kepada tiga iaitu nombor kardinal , nombor ordinal
dan nombor sifar.
Nombor
kardinal ialah digunakan untuk membilang berapa banyak objek dalam satu set
atau kumpulan. Pemahaman nombor kardinal adalah penting kerana dengan adanya
kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid akan dapat
menggunakan nombor bulat untuk empat operasi asas matematik. Oleh itu, nombor
kardinal lebih ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di
sekolah. Nombor ordinal digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu
objek atau peristiwadan sering juga digunakan untuk mengetahui yang mana satu.
Seterusnya, nombor sifar ialah satu nombor yang mempunyai makna tidak ada
apa-apa.
Selain
itu, konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem penomboran
Hindu-Arab, kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai nilai yang
tertentu. Murid diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila mereka sudah
boleh membaca dan menulis angka untuk nombor 0 hingga 9 serta boleh membilang
dengan mengumpul secara sepuluh-sepuluh. Beberapa contoh peralatan yang boleh
digunakan untuk membantu murid memahami konsep nilai tempat ditunjukkan dalam
rajah berikut. Bahan manipulatif ini membekalkan murid cara mewakilkan nombor
yang mudah difahami berbanding dengan gambar atau huraian lisan. Bahan
berkadaran atau bahan tak berkadaran boleh digunakan dalam mengajar nilai
tempat .
Pembundaran
nombor merupakan suatau kemahiran yang berguna, misalnya untuk membolehkan
murid menganggarkan sesuatu hasil operasi aritmetik semasa membuat penyemakan .
Dalam mempelajari kemahiran ini, dua faktor perlu dititikberatkan , iaitu:
· Murid seharusnya dapat mengenal pasti digit
yang akan dibundarkan.
· Murid seharusnya boleh membuat keputusan sama
ada nombor itu ditambah 1 atau dikekalkan.
No comments:
Post a Comment